mim2D'@tas
mim2diatas - Sejarah Mekah
  Laman Utama
  Catatan Haji
  => Sejarah Madinah
  => Sejarah Mekah
  => Kelas Haji @man
  => Berniat
  => Wukuf di Arafah
  => Mabit di Muzdalifah
  => Melontar Jamrah di Mina
  => Bercukur
  => Tawaf
  => Minum Air Zamzam
  => Sa'ie
  => urutan perjalanan kami
  => lagi.. album haji
  => koleksi doa
  kenali idola saya
  Pautan Rohani
  cuti-cuti famili
  Buku Pelawat
  mim2diatas.synthasite.com

Mekah al-Mukarramah terletak lebih kurang 73km daripada Jeddah. Mekah ialah tempat lahirnya Nabi Muhammad SAW. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah SWT.

Mekah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Di sini terletaknya Masjidil Haram yang di tengah-tengahnya ialah Kaabah. 



Orang Islam dimana jua berada akan menghadap Kaabah sebagai Qiblat untuk bersembahyang. 

Sejarah Mekah bermula apabila Nabi Ibrahim AS menerima perintah daripada Allah SWT supaya meninggalkan anaknya Nabi Ismail AS dan isterinya Siti Hajar di sebuah gurun yang tandus. Selepas itu Nabi Ibrahim AS kembali ke tempat asalnya.

Apabila bekalan air yang dibawa oleh Siti Hajar habis, Nabi Ismail AS yang ketika itu masih lagi seorang bayi mula menangis meminta susu. Siti Hajar yang mula gelisah mula mencari air di antara Bukit Safa, daripada Abi Qubais hinggalah ke Bukit Marwa. Pada ketika itu Nabi Ismail AS yang sedang menangis, menghentakkan kakinya di atas tanah. Dengan izin Allah SWT, air keluar daripada tanah yang dihentak Nabi Ismail AS tadi. Sebuah telaga dibina kemudian dan dikenali sebagai Telaga Zamzam. Akibat daripada peristiwa tadi maka selamatlah Siti Hajar dan anaknya.

Dengan sumber air dari Telaga Zamzam itu, pedagang-pedagang dan kabilah-kabilah perdagangan mula muncul. Mereka mula tinggal di situ dan membuka penempatan baru. Dengan itu lahirlah Kota Mekah. Nabi Ibrahim AS melawat tempat di mana dia meninggalkan anak dan isterinya tadi. Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS kemudiannya membina Kaabah.

Setiap tahun umat Islam akan datang ke Kota Makkah bagi mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun mengikut kalendar Islam. Ibadah haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim diwajibkan mengerjakan haji.



Antara ibadat haji itu ialah tawaf iaitu mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali.

Bacaan bila nampak kaabah :
 
اللهُ اَكْبَرُ، اللهُ اَكْبَرُ، اللهُ اَكْبَرُ، لاإِلَهَ إِلاَّإللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ. لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَعَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، أَعُوْذُ بِرَبِّ الْبَيْتِ مِنَ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَضِيْقِ الصَّدْرِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيدِنَا مُحَمد وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. اَللُّهُمَّ زِدْ بَيْتَكَ هَذَا تَشْرِيْفًا وَتَكْرِيْمًا وَتَعْظِيْمًا وَمَهَابَةً وَرِفْعَةً وَبِرًّا. وَزِدْ يَارَبِّ مَنْ شَرَّفَهُ وَكَرَّمَهُ وَعَظَّمَهُ مِمَّنْ حَجَّهُ وَاعْتَمَرَهُ، تَشْرِيْفًا وَتَكْرِيْمًا وَتَعْظِيْمًا وَمَهَابَةً وَرِفْعَةً وَبِرًّا.
 
ALLAH yang maha agong,  ALLAH yang maha agong, ALLAH yang maha agong. Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan ALLAH yang maha esa. Tidak ada sekutu baginya sekali-kali. Tuhan yang memerintah segala sesuatu. Baginya segala pujian dan DIAlah Tuhan yang berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Aku memohon berlindung dengan Tuhan yang ampunya rumah ini (Kaabah) daripada kekufuran, kemiskinan, azab kubur, dan sempit fikiran. Rahmat ALLAH dan sejahteranya mencucuri ke atas Sayidina Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
 
Ya ALLAH, tambahkanlah baitillah ini dengan kemuliaan kebesaran keagongan dan kebaikan dan tambahkanlah kurniamu kepada sesiapa juga yang memuliakan (baitullah) dan membesarkannya dari kalangan yang mengerjakan Haji dan Umrah dengan kemuliaan dan kebesaran dan kebajikan.

 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free