بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Tujuan kami bina laman web ini ialah sebagai
storage nota-nota, definisi dan pengetahuan tentang ibadah haji, dalam persediaan kami untuk menunaikan fardhu haji. Ianya ialah
sebagai kemudahan untuk kami merujuk bila kami keluar (menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan sebagainya). Jadi, kami tidak perlu membawa nota-nota, buku meskipun pendrive. Apa yang kami perlukan ialah sebuah PC atau notebook dan talian internet.
Jadi kami boleh mengulangkaji di mana-mana.
Nota-nota dan pengisian catatan haji dalam laman web ini adalah dari gabungan buku, kursus haji dan muat turun dari laman web lain. Diharapkan sumber-sumber yang kami ambil ini boleh menghalalkan apa yang kami lakukan ini. Kami tidak mencari keuntungan duniwai dari laman ini.
Tetapi jika laman ini boleh membantu pengunjung lain, ianya amat amat kami alu-alukan.
Sedikit gambar-gambar kami selitkan sebagai kenangan kami dan mungkin boleh membantu dari segi visual untuk pengunjung yang belum pernah sampai ke sana, mendapat sedikit bayangan tentang tempat tersebut.