mim2D'@tas
mim2diatas - Sejarah Madinah
  Laman Utama
  Catatan Haji
  => Sejarah Madinah
  => Sejarah Mekah
  => Kelas Haji @man
  => Berniat
  => Wukuf di Arafah
  => Mabit di Muzdalifah
  => Melontar Jamrah di Mina
  => Bercukur
  => Tawaf
  => Minum Air Zamzam
  => Sa'ie
  => urutan perjalanan kami
  => lagi.. album haji
  => koleksi doa
  kenali idola saya
  Pautan Rohani
  cuti-cuti famili
  Buku Pelawat
  mim2diatas.synthasite.com

Pada tahun 622 Masihi, Junjung Besar Nabi Muhammad SAW dan pengikut-pengikutnya berhijrah dari Mekah, ke Bandar Yathrib. Setiap orang dari golongan Ansar yang menyokongnya telah keluar beramai-ramai menyambut kedatangan baginda.

Unta baginda berhenti di tempat yang telah diperintahkan oleh ALLAH SWT. Di situlah, Rasullullah SAW membina sebuah masjid. Baginda membeli tanah tersebut yang dimiliki oleh dua beradik anak yatim, anak kepada Rafeah Bin Amru. Baginda membayar 10 dinar untuk tanah tersebut dari wang Abu Bakar As Sidik RA.

Kesemua umat islam dari kedua belah pihak, iaitu penduduk tempatan dan pendatang dari Mekah bersama-sama Rasulullah SAW mengambil bahagian dalam pembinaan Masjid Nabi.
Pada asalnya ianya hanya binaan seluas 805 meter persegi dikelilingi tembok yang diperbuat dari tanah liat dan dahan kurma.

Rasulullah SAW menukarkan nama Yathrib dengan nama baru iaitu Al MAdinah Al Munawarah.

Madinah ibukota Negara Islam sejak peringkat awalnya hingga kini banyak mengalami perubahan. Yang paling ketara ialah pusat ibukota, Masjid Nabawi, Masjid Rasullullah SAW.

Masjidin Nabawi hari ini selepas beberapa proses pengubahsuaian terletak di kawasan yang dahulunya, itulah keluasan Madinah pada zaman Rasullullah.

Kawasan Perkuburan terkenal, Al Baqi' juga mengalami perubahan. Perkuburan ini juga ditambah luaskan berbanding kawasan asalnya. Nabi SAW selalu meziarahi Al Baqi' dan berdoa untuk penghuninya.

Dalam Al Baqi' ditempatkan ramai kalangan yang rapat dengan Rasullullah SAW iaitu anak anak perempuannya,  cucunya  dan isteri-isteri baginda.

Khalifah kedua, Omar ibnul Khatab RA, dalam tahun ke 17 Hijrah, bersamaan tahun 638 telah menambah luaskan kawasan sebanyak 1100 meter persegi.

Dalam tahun ke 29 Hijrah, bersamaan tahun 650, Khalifah ketiga, Othman ibnu Affan RA, meluaskan lagi sebanyak 496 meter persegi.

Khalifah Umayyah, Al Walid ibnu Abdul Malik, dalam tahun 88 Hijrah, bersamaan tahun 706, mengarahkan penambahan seluas 2379 meter persegi.

Dan 73 tahun kemudian, Khalifah Abbassiah, Al Mahdi, menambah keluasan sebanyak 2450 meter persegi.

Kubah pertama, yang akhirnya dikenali sebagai Kubah Hijau, dalam Masjid Nabi, dimana Nabi Muhammad SAW dan 2 khalifah pertama  telah dimaqamkan,telah dibina oleh pemerintah Mamluki, Sultan Al Mansur dalam tahun 678 Hijrah bersamaan tahun 1279 Masihi.

Dalam jangka masa 7 kurun selepas itu, tiada penambahan dilakukan sehingga Sultan Mamluki, Khaitibain, menambah seluas 120 meter persegi pada tahun 887 Hijrah, bersamaan tahun 1843 Masihi.

Dalam tahun 1265 Hijrah, bersamaan tahun 1849 Masihi, Kesultanan Othman, Abdul Majeed, mengusahakan penambahan sebanyak 1293 meter persegi. Pada hari ini, bahagian tertua dalam masjid tersebut merupakan hasil kerja semasa pemerintahan Othman.

Kemudian selepas terbentuknya kerajaan Modern Arab Saudi, pada tahun 1932 oleh Raja Abdul Aziz Al Saud, telah mengeluarkan secara rasminya satu perintah diraja dalam penambahan keluasan Masjid Nabi. Satu pelan telah dilakukan oleh anaknya, Raja Saud, dalam  tahun 1369 Hijrah bersamaan tahun 1950 Masih.

Penambahan pertama Kerajaan Saudi merupakan sebuah penambahan Masjid yang terbesar yang pernah dilakukan.

Dalam tahun 1393 Hijrah, bersamaan 1973, Raja Faisal ibnu Abdul Aziz, memerintahkan pembinaan anjung di sebelah barat Masjid sebagai penyelesaian sementara untuk perlindungan kepada pengunjung masjid dari dedahan cuaca.

Kemudian, Raja Fahd ibnul Abdul Aziz, meletakkan batu asas dalam tahun 1405 Hijrah bersamaan tahun 1985 untuk membina program penambahan terbesar dalam sejarah islam untuk masjid ini.

Projek penambahan kepada Masjid Nabi ini melibatkan bangunan baru di ketiga-tiga bahagian kepada masjid yang sedia ada, dengan laman yang luas di sekelilingnya, yang dilengkapi dengan batu marmar dan hiasan seni geometri islam.

Pengubahsuaian pintu utama menuju ke dalam masjid, sebuah pintu masuk baru, Babul Fahd terletak di sebelah utara dengan sentuhan hiasan kubah-kubah dan menara di kiri dan kanannya.

Projek ini juga melibatkan 6 lagi menara tambahan setiap satu setinggi 105 meter dengan ukiran bulan sabit disaluti emas seberat 4 tan,menjadikan ianya satu perubahan yang sangat ketara terhadap masjid ini.

Masjid Nabi kini dilengkapi sepenuhnya dengan sistem hawa dingin.

Kompleks ibadah ini telah diberi sentuhan dengan kaedah yang lebih bijak dari segi pengudaraan. Satu set 27 kubah telah dipasangkan. Kubah-kubah ini boleh dibuka dan ditutup bergantung kepada keadaan cuaca.
 
Bahagian dalaman pula dilengkapi dengan 12 bumbung berbentuk payung,6 di setiap laman terbuka, yang dikawal secara mekanik,  untuk memberi perlindungan dari suhu dan cuaca.


Bagi pengunjung masjid kini, bila sahaja memasuki masjid, kita akan melihat berbagai bentuk tiang-tiang. Tiang-tiang di sebelah barat dengan tanda warna hijau menunjukkan kawasan yang dibesarkan semasa zaman Khalifah Omar ibnu Al Khattab.

Terus ke dalam tiang-tiang disaluti lingkaran emas ialah kawasan asal masjid semasa zaman Rasulullah SAW.

Bersebelahan dengan masjid, tempat tinggal nabi SAW. Beliau telah dimaqamkan di rumah Aishah. Berdekatan ialah rumah Ummu Salamah dan rumah Fatimah. Othman ibni Affan pernah mengahwini 2 puteri nabi. Pertama Rukayah dan kemudian Umi kalthum. Tempat mereka tinggal kini dikenali sebagai Babul Othman (Pintu Othman).

Terdapat juga satu lokasi dimana Jibril pernah muncul bertemu Nabi SAW untuk memberitahu baginda tentang bani Quraidah. kini kawasan tersebut dikenali sebagai Babul Jibril (Pintu Jibril).

Abu Bakar As Siddiq RAw tinggal di sebelah barat masjid asal. Beliau mempunyai laluannya sendiri. Di akhir hayatnya, Nabi SAW memerintahkan semua laluan peribadi ditutup kecuali Babu Abu Bakar. Ini menunjukkan ketinggian martabat beliau berbanding sahabat yang lain. Bersebelahan Babu Abu bakar ialah sebuah pintu yang dikenali sebagai Babu Rahmah, pintu rahmat. Seorang lelaki memasuki pintu tersebut ketika Nabi SAW sedang menyampaikan Khutbah Jumaat. Lelaki tersebut membuat aduan tentang kemarau dan meminta Nabi mendoakan supaya hujan turun. Selepas sahaja berdoa, awan pun datang dan hujan turun selama hampir seminggu. hari Jumaat selepas itu, lelaki yang sama datang kembali meminta Nabi SAW mendoakan agar hujan reda. Nabi SAW pun berdoa dan awan hilang dan hujan berhenti serta merta.

Semasa zaman Omar dan Othman, oleh kerana pertambahan umat Islam,satu penambahan telah dilakukan terhadap Babu Salam, pintu keamanan, untuk memudahkan orang ramai menziarahi maqam Nabi SAW.

Tetamu Masjid Nabi kini akan melalui kawasan tambahan di bahagian selatan untuk memberi salam kepada Rasulullah SAW. 2 sahabat baginda, Abu bakar dan Omar dimaqamkan bersebelahan baginda. Tetamu boleh bergerak sedikit ke kanan untuk memberi salam pada keduanya.

Semasa zaman Nabi SAW, baginda memberitahu kawasan diantara rumahnya dan masjid ialah Raudhah. Beliau menyifatkannya sebagai sebuah taman dari taman-taman syurga. Sebuah tempat yang mustajab untuk berdoa dan meminta dari ALLAH SWT.

Pendapat terkenal mengatakan kawasan Raudhah kini adalah kawasan yang dibentangkan karpet berwarna hijau, diantara mimbar dan maqam Nabi. Ada pendapat lain yang mengatakan bahawa kawasannya adalah lebih besar, dan ada pendapat yang merasakan kawasannya lebih kecil lagi.

dalam raudhan, tiang-tiangnya adalah berdasarkan tiang-tiang asal dari batang kurma yang menyokong masjid asal semasa zaman Nabi SAW.Sebahagian tiang-tiang ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ini boleh dirujuk pada tanda hijau pada tiang-tiang tersebut.

Tiang pertama dikenali sebagai tiang Katil(KASUR) dimana nabi pernah beristirehat di atas tikar semasa beribadah dalam bulan Ramadhan. Dalam bulan ramadhan nabi SAW juga sering beribadah ditempat-tempat tertentu yang lain.Beliau mengerjakan Solat Tahajjud di belakang rumah anaknya, Fatimah yang juga berdekatan tiang Pengawal.

Semasa zaman Nabi, beberapa orang sahabat termasuk Saidina Ali dan Saat bin Abi Waqas pernah berjaga untuk mengawal Nabi di situ.

satu perintah ALLAH kemudiannya turun untuk memberitahu bahawa ALLAH telah menjaga Nabi SAW dan sahabat tidak perlu berjaga lagi di situ.

Tiang seterusnya ialah Tiang Delegasi. Di sini Nabi SAW menerima dan berjumpa kunjungan delegasi dari puak-puak dari seluruh kawasan.

Kembali semula ke tiang katil, kemudian ke kanan ialah Tiang Abu Lababah. Di sini Abu Lababah telah mengikat dirinya selepas melakukan kesalahan pada misi diplomatik dengan Banu Quraidah.Beliau berjanji tidak akan meninggalkan tiang tersebut sehingga ALLAH mengampunkannya. selepas beberapa hari, satu perintah ALLAH telah memberitahu bahawa ALLAH telah mengampunkannya dan beliau membuka ikatannya. Tiang ini juga dikenali sebagai Tiang Taubat.

Seterusnya ialah Tiang Aishah. Diberi nama sempena nama isteri Rasulullah SAW. Selepas kewafatan Nabi, Aishah merupakan seorang yang dikenali kehebatannya dalam Islam.

Anak saudaranya,Abdullah ibnu Zubair melihat Aishah beribadah di situ.Beliau telah memberi kepastian tentang lokasi tersebut. ramai sahabat juga beribadah di situ. nabi juga selepas diperintahkan menukar arah kiblat dari Jeruslam ke Mekah sering beribadah di situ untuk beberapa minggu. Baginda kemudian meneruskan ibadah ke Tiang Wangi untuk beberapa ketika sebelum beralih ke kiri ke mehrab untuk Solat fardhu.

Tiang Wangi ialah lokasi asal dimana sebuah tunggul kurma yang dijadikan tempat nabi menyampaikan Khutbah Jumaat.

Para sahabat kemudiannya menyediakan sebuah tempat khas untuk baginda berkhutbah menggantikan tunggul kurma tersebut. Apabila Rasulullah mula menggunakan mimbar yang baru, tunggul kurma tersebut bersedih dan menangis teresak-esak sehinggakan tangisannya boleh didengari olah semua. Tunggul tersebut tidak berhenti menangis sehingga Nabi menyentuhnya dan memujuknya.

 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free